Anything real, sometimes profound


Kita Cuma Kawan, Kan oleh Auni Zainal


PlayStore Books

Novel ni saya pernah beli sekitar 2024, beberapa bulan selepas dilancarkan yang tular kat TikTok waktu tu, jadi saya bagi pinjam kepada rakan yang akhirnya hilang dan saya beli semula versi ebuku di PlayStore dan teringat ulasan saya tak siap jadi inilah ulasan saya yang tiba-tiba jadi kajian teks macam komsas pulak. Takpe sila baca.

Tentang novel ni;

Novel ini diterbitkan sekitar 2024 oleh Iman Publication (waktu tu RUMA belum wujud tau) yang ditulis oleh Auni Zainal, yang juga merupakan penulis Mawaddah Ilmi Ingin Pulang. Novel ini mengisahkan Adam, seorang penyanyi dan Yulia, seorang pemandu e-hailing yang asalnya Adam ni tak suka Yulia. Tapi ni bukan tipikal novel Melayu ada orang ketiga sebagai faktor utama tau, novel ni lebih ke arah yang berbeza sebabnya konflik tu daripada sekeliling dua orang watak ni dan diri mereka sendiri, atau maksud saya lagi realistik daripada novel cinta megah holding sebabnya tiada penggunaan elemen ‘materialisme’ yang melampau macam Holding Berhad, Sdn Bhd, Lamborghini, Iphone 17 Pro dan seterusnya. Ini menepati sebagai sebuah novel cinta! Bagaimana cinta bermula, berkembang, mendapat tentangan dan kesudahannya yang agak dekat dengan ramai orang biasa yang tak linear macam novel tipikal.

Intro; 

 Adam ni asalnya tak suka dengan Yulia yang tak sedar yang dia pergi kutuk vokal Adam sedangkan Yulia takde pengetahuan pun dalam muzik ditambah kes telefon pintar Adam yang hilang, Adam dah luah serba sedikit hidup dia dan lawak hambar Yulia, memang Adam ni tak sukalah Yulia! Tapi selepas banyak kebetulan antara diorang, benci tu beransur-ansur berevolusi kepada cinta! Walaweh! 

Gaya penulisannya;

Gaya penulisan novel ni agak straight forward dan tiada basa basi yang berlebihan, anda buka novel terus baca mamat rambut wolfcut tengah main vinyl pastu rosak yang membawa anda ke setiap kejadian sebabnya walaupun saya suka perkara abstrak macam blog ni kekadang banyak simbol Matematik, saya susah baca buku yang banyak perlambangan tau! Penulis tunjukkan semua watak ada kelemahan, ada marah, ada sedih, ada kesilapan hatta watak utama dan bukannya watak ideal atau sempurna. Dan pasal pengakhiran yang agak tergantung, mungkin memadai novel ini tentang apa? 

Yang paling saya kagum, penulis juga suka buat detail yang “show don’t tell” macam kepayahan Yulia sebagai pemandu e-hailing, keadaan keluarga Yulia, kesesakan psikologi Adam dan Yulia, Adam dengan kerjanya di Studio serta membayangkan Adam seorang popstar yang berlakon drama, yang pernah buat lagu pop rock. Dan penulis juga menggambarkan adegan yang atmospherical contohnya Adam pergi tasik dan healing dalam kesunyian itu, hujan, lagu-lagu yang mengambarkan suasana. Dia macam menyelami kehidupan seorang penyanyi. 

Dan setiap bab ada mutiara yang bernada memujuk hati yang buatkan kita termenung sejenak dan kembali semula kepada kehidupan. Mungkinkah novel ini refleksi hidup ini? 

 

Isu-isu; 

Terdapat banyak perkara yang disentuh dalam novel ni antaranya industri hiburan yang bolehlah dikatakan agak ‘plastik’ yang tak boleh hidup tanpa kisah-kisah palsu daripada ibu dia untuk menaikkan dopamine pengguna yang memberi keuntungan kepada mereka. Contohnya Adam dikatakan mempunyai banyak kontroversi, dan mempunyai skandal yang menyebabkan beban mental bagi diri dia sampai masuk lokap tau. Contohnya bahagian wartawan menanyakan soalan yang panas kepada Adam, komen-komen netizen dan tanggapan kru persembahan pada dia. Disebabkan inilah Adam ni suka dengan kehidupan Yulia yang tak ambil kisah pun gosip murahan tentang artis. Dan dan Adam sebenarnya penat menyanyi kerana ini sehinggalah Yulia menggunakan jurusan Talk No Jutsu dia bahawa tak semestinya Adam kena berhenti buat benda yang dia suka semata-mata sebab tak nak jadi Laila Borhan. Dia boleh penat tapi takkan ubah minat dia pada sesuatu tu. 

Seterusnya tentang penderaan domestik, Adam ni trauma didera mak dia sejak kecil dan agak pesimis dengan ibu dan ayah dia sampailah bertemu dengan ayah dia. Dan keluarga labah-labah. Zarin persoalkan kenapa kakak-kakak diorang ni menyusahkan, ada yang jadi scammer, ada yang berhutang dengan ceti haram, yang dimana implikasi ni bebannya diletakkan pada Yulia hatta sekecil-kecil buku teks anak diorang. 

Selain itu, cerita pasal kurangnya komunikasi antara pasangan contohnya Izhar dengan Ayana yang asyik bergaduh sampaikan beri kesan kepada anak mereka, Haikal.

 Seterusnya, masalah individu macam Ibu kepada Adam iaitu, Laila Borhan yang mementingkan diri dan sanggup menjatuhkan anak kandungnya demi perhatian dan malah mengugut bapa Adam agar tidak menghubunginya. Seolah-olah hanya dirinya berhak akan kebahagiaan yang dia sendiri mungkin tak hiraukan. 

Penulis juga beri motivasi kepada pembaca-pembaca yang mungkin menghadapi konflik yang mirip macam Adam atau Yulia, yang mereka tak semestinya perlu menanggung beban akibat sekeliling mereka dan boleh melukis kisah mereka sendiri sepertimana Adam,Yulia,Zarin dan Fahmi.

Selain itu juga, novel ni pasal gadis yang tak pernah menyerah dan berdikari serta terus berlari iatu Yulia. Dia tak peduli pasal imej dan edarkan resume pada pelanggan dia. Kakak dia naikkan sewa kereta dia pergi cari kerja lain. Izhar pecat dia, dia pergi kerja menjahit. Yulia sentiasa memikirkan jalan keluar, dan dia dipaksa keadaan untuk menjadi sedemikian. Cuma disebabkan itu dia rasa diri dia tak perlu ada apa yang semua mahukan; cinta, impian. Adik dia, Zarin dan sahabatnya, Amalina serta Adam berharap Yulia mengejar dua benda tu. Bila sebut pasal lari ni teringat satu lagu pasal berlari,lari dan lari mengejar impian walaupun memenatkan dan payah demi hari esok dan jangan menyerah tapi masih akui tak selalunya mimpi tu tercapai; 

https://www.youtube.com/embed/S372ARXikTY

Ulasan; 

Dalam novel ni kedua-dua watak ni dinyatakan sebagai pengikut dan pelari dimana Yulia ni seorang pelari manakala Adam pulak seorang pengikut yang mana disebabkan benda ni membentuk karakter diorang yang semestinya akan ada perbezaan komunikasi yang saya yakin penulis cuba sampaikan. Contohnya Adam dibesarkan dalam keluarga yang broken, hidup dengan ibu yang mendera emosi dia daripada kecil dan pernah dikelilingi kontroversi-kontroversi palsu yang dicetuskan oleh mak dia sendiri yang menyebabkan dia jadi menyendiri dan suka “mengikut” orang hasil hidup dia yang dikawal, serta agak dingin berbeza dengan imej sebagai seorang penyanyi, apabila berlaku pertembungan perspektif dia dengan Yulia, Adam ni sinis bila Yulia utarakan pasal seorang kasih sayang Ibu sebab ibu kandung dia berbeza daripada ibu Yulia dan saya teringat ayat “Ibu juga boleh menderhaka” daripada novel (Mawaddah Ilmi ingin pulang daripada penulis yang sama)yang manifestasi dia watak Adam dan Ibu dia! 

Akan tetapi disebabkan inilah puncanya, Adam tak boleh lari daripada hidupnya yang bagi dia asyik bermasalah, begitu juga Yulia tapi Yulia ni ada sejenis coping mechanism, lawak hambar dengan penumpang dia yang memang ada proses berfikir tentang lawak contohnya lawak pasal not-ella, Adam Adwa kenapa cuma satu yang tinggal dihamburkan kepada audiens. Maksudnya Yulia ni lowkey chill girl yang takkan berhenti pun orang kutuk lawak hambar dia Dalam novel ni ada watak yang bagi comic relief contohnya Amalina, Reza(dan mungkin Yulia sendiri!) 

Pada bahagian Adam bayar hutang keluarga Yulia, ini bahasa cinta para lelaki yang berbeza daripada bahasa cinta perempuan faham. Apa yang kita faham kan, kenapalah si Adam ni daripada awal tak mengaku terus dengan jelas dan buat gaya-gaya hero drama Korea. Sebabnya bahasa cinta yang Adam guna apa yang kebanyakan lelaki guna ditambah Adam dibesarkan dalam persekitaran toksik. Contohnya Adam tolong Yulia angkat kotak-kotak, jalan bersama ke kedai, ajak ke kedai Lego, buatkan kopi, menyanyikan lagu untuk dia masa busking dan bagi hint berkali-kali tapi Yulia tak faham sebabnya Yulia tak percaya diri dia disukai seseorang lelaki disebabkan faktor dia berdikari dan menganggap hint Adam ni “bantu” dan bila Adam akhirnya gunakan bahasa yang jelas dengan tekankan dia memang sukakan Yulia. Bukan sebab dia suka ikut orang. Bukan sebab dia keliru. 

Jadi mungkinkah sebab Yulia dah masuk sempadan paling dalam dalam diri Adam? Berdasarkan cerita mungkin ya sebabnya Yulia berjaya buatkan Adam buat redemption ark dengan kembali menyanyi dan tunjukkan siapa Adam Adwa_ s_ebenarnya serta mendefinisikan balik apa yang Adam percaya selama ini dan kehadiran Yulia kadang-kadang jadi sokongan kepada Adam contohnya sewaktu Adam tengah sesak disebabkan ibu dia. Secara tak langsung Adam dah izinkan Yulia masuk ruang yang dia larang orang lain masuk sebelum ni, menambah isi didalam ruang fikiran Adam. Then that’s why Adam ni rasa Yulia ni sebahagian daripada dia! Tetapi Yulia masih melihat perbezaan mereka sesuatu yang menghalang tetapi akhirnya Yulia masih berharap dengan Adam sehingga pertemuan diorang semula. Paling penting, diorang dah mengejar impian masing-masing. 

Agaknya kalau Yulia tolak Adam untuk kali kedua dan tak berbaik dengan Izhar dan Suraya dah ada pakwe, mungkin lepas ni Adam kena bertukar genre daripada pop rock Macam Gila kepada rock ala-ala Hukum Karma daripada Wings pulak; 

Gila Darjat!(Izhar)

Gila Nama!(Laila Borhan dan netizen)

Gila Kuasa!(Ehsan)

Gila Hartaaa(Kak Lang & Kak Ngah) 

Semua Gilaaaa!

Eh taklah gurau je.

Kesimpulannya ini adalah sebuah kisah cinta yang sesuai dengan kulit bukunya; Tiada cinta sempurna tanpa hadir perasaan lain - sedih, marah dan kecewa bersamanya. 

p/s: Kalau raya mesti Yulia akan sayu je  kan sebab Ibu dia dah meninggal tapi takpe Adam ada.