Persamaan linear serentak dengan contoh mudah
Abu membeli 2 pasang baju kurung dan sepasang baju Melayu dan membayar RM
- Keesokan harinya Ali membeli 2 pasang baju kurung dan 2 pasang baju Melayu dan membayar RM 300. Berapakah harga sepasang baju kurung dan sepasang baju Melayu?
Pertama kita harus kumpul maklumat-maklumat iatu pembelian Abu dan Amir.
Abu beli : 2 pasang baju kurung, 1 baju Melayu = RM 240
Ali beli : 2 pasang baju kurung, 2 baju Melayu = RM300
Pemerhatian: Ali bayar lebih kerana mempunyai lebih satu baju Melayu berbanding Abu.
Untuk kes ini kita ringkaskan dahulu menggunakan pembolehubah \(k\) untuk baju kurung dan \(m\) untuk baju Melayu, di mana ungkapannya:
\[2k + m = 240\] \[2k + 2m = 300\]Lihat bagaimana persamaan ini berbeza. Kenapa berbeza? Sebab yang kedua ada lebih satu baju Melayu!
Jadi kita perlu mencari beza yang mewakili satu baju Melayu tambahan.
\[(2k + 2m) - (2k + m) = 300 - 240\] \[m = 60\]Kenapa \(m\) jadi 60 bukannya \(k\)? Sebab yang pertama hanya ada satu baju Melayu, manakala yang kedua ada dua baju Melayu. Jumlah bayaran lebih itu sendiri adalah harga sepasang baju Melayu.
Sekarang kita sudah mendapatkan nilai \(m\), dan kita masukkan nilai itu ke dalam ungkapan pertama iatu:
\[2k + 60 = 240\] \[2k = 180\] \[k = 90\]Maka, 1 pasang baju Melayu RM 60 dan 1 pasang baju kurung RM 90. Menariknya penggunaan huruf sebagai pembolehubah mungkin menyebabkan pelajar mengalami kesukaran , jika kita gunakan emoji sebagai pembolehubah, majoriti boleh meneka harga sepasang baju melayu dan baju kurung.
🟢🟢+ 🔴=240
🟢🟢+🔴🔴=300