Anything real, sometimes profound


Model Analisis (cubaan)


Dalam dunia hari ini, pendapat cukup memberikan kesan kepada seseorang, dan idea sentiasa bercambah akan tetapi idea-idea, mahupun yang bertentangan dengan fakta yang bergerak dalam silo serta mengabaikan banyak faktor menjadi persoalan yang besar. Model ini direka berasaskan “evidence based”interdisplin sebagai sambungan daripada kiriman cara yang baru. Untuk kes ini saya cuba membangunkan sebuah model yang masih awal yang bersandarkan kepada integratif yang pada kiriman sebelum ini dan pengaruh buku kognisi (pemprosesan maklumat);. Kritikan dan penambahbaikan juga diiringi pada model ini. 

Teori: Setiap sesuatu dakwaan mahupun idea yang pelik, biasa , mahupun luar biasa (pembolehubah x) akan melalui proses pecahan rentetan yang menghasilkan kenyataan tersebut dan pemecahan input-input yang menghasilkan x. Kemudian x akan diuji kesahihan fakta daripada pelbagai faktor yang daripada domain berbeza misalnya Fizik,Sosial, Psikologi dan sekiranya mempunyai sokongan akan mempunyai bucu, manakala yang bertentangan tiada sisi. Setelah ditapis, maka ke proses akibat iaitu kesan x kepada dunia hari ini sebelum yang terakhir iaitu kearah kesimpulan asas kepada x yang merobohkannya.

Ujian: 

Saya menguji menggunakan input daripada pelbagai jenis bidang yang membolehkan kritikan untuk penambahbaikan dibuat. Misalnya untuk ujian pertama :  pendapat Satre bahawa manusia disumpah menjadi bebas dan tiada nilai. Model berjalan dengan baik tetapi aliran linear memerlukan penambahbaikan apabila fasa tertentu mendapati mungkin paradoks fasa langkah pecahan komponen.

Ujian kedua dengan pendapat: “Zakat hanya tampung asas kebajikan sahaja dan tak ubah masyarakat” disinilah adanya kekurangan model ini ketika  input sebenarnya tidak didiagnosiskan dan terus melalui fasa pemecahan komponen. Contohnya pendapat zakat hanya tampung asas kebajikan. Ini adalah kenyataan kritikan kepada mekanisme bagaimana Zakat diagihkan tetapi individu berpendapat sedemikian menganggap Zakat hanya harus melalui mekanisme yang menyebabkan persepsi zakat tidak menggubah masyarakat (sebenarnya kebetulan beberapa waktu lepas forum zakat membawa idea besar bahawa zakat mampu menjadi instrumen ekonomi yang maju). Disebabkan ini model ditambahbaik pada bahagian selepas statement iaitu diagnosis jenis statement; sistem atau operasi. 

Ujian ketiga(2 unit) juga menemukan kekurangan iaitu sumber dimana kenyataan; Marie Antoinette makan kek ketika rakyat Perancis dan yang keduanya Sultan Mahmud vs Tun Mutahir. Ini jenis esensi. Disini bahagian pecahan komponen dan validasi faktor mempunyai masalah kerana kisah makan kek ditulis sebagai propaganda ditulis oleh Rousseau dan Sultan Mahmud vs Tun Mutahir berpandukan Sulalatus Salatin yang merupakan propaganda istana iaitu input sumber yang perlu diuji sebelum validasi faktor. Subproses akan dilakukan. 

Dan model ini mempunyai kelemahan bahawa statement bukan linear harus roboh melainkan proses mungkin berpatah balik sekiranya kekurangan output proses sebelumnya. Dan fasa roboh ditukarkan kepada Roboh/Kukuh.

Dan model mempunyai fasa yang tertinggal iaitu kesimpulan dan ujian-ujian versatil lain membolehkan model ini diperbaiki dari semasa ke semasa. 

1. Statement x

Keterangan: Idea / kenyataan / retorik.

2. Diagnosis
Keterangan: Diagnosis jenis kenyataan, mekanisme, esensi, dsb.

3. Pecahan Komponen Input
Visual: (Rangkaian kotak kecil yang saling terhubung).
Keterangan: Pecahan komponen input (buku, pengalaman, dsb).

4. Validasi Faktor
Visual: (Diagram lingkaran/node dengan tanda tanya).
Keterangan: Validasi faktor sokong atau tidak (positif atau negatif)  dan faktor (psikologi, ekonomi, peribadi). Ini berasaskan bukti daripada pelbagai domain. Asingkan faktor yang diabai (diabaikan).

5. Prototaip Model Mental
Visual: (Tiga baris horizontal dengan indikator di ujungnya).
Keterangan: Prototaip model mental melalui pembinaan dari langkah sebelumnya dan kesan praktikal.

6. Fasa Roboh / Kukuh
Visual: (Grid kotak-kotak hijau).
Keterangan: Fasa roboh / kukuh selepas semua langkah kompleks.

7. KESIMPULAN
Visual: (Bentuk belah ketupat/diamond).
Keterangan: Hasil akhir dari proses analisis.